Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij
Engineering And Technology International Journal (EATIJ) is a scientific journal published by the Cendikia Mulia Mandiri Foundation for the development of publications for researchers in the field of Engineering and Technology in Indonesia, and as a means of publishing research results and sharing the development of engineering science and technology. which have never been published before in the form of research or applied research articles, articles related to technological developments and management used in the industrial world. All submitted articles will go through a 'peer-review process' after meeting the requirements according to the article writing guidelines. This journal is published every four months, namely in March, July and November.

E - ISSN : 2714-755X
Prefix DOI : 10.556442
Editor Jurnal Engineering and Technology International Journal (EATIJ)
Frequency 3 Issue in 1 Years
Published : Vol.1 ( Maret ) - Vol.2 ( Juli ) - Vol.3 ( Nopember )

en-US cendikiamuliamandiri@gmail.com (Ma'ruf Riadi Putra) cendikiamuliamandiri@gmail.com (Kiana Salsa Dirahman) Mon, 06 Mar 2023 08:12:05 +0000 OJS 3.2.1.0 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 Kesan Penggunaan Video 3600 Amali Secara Atas Talian Kursus DJJ30113 Terhadap Pencapaian Pelajar https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/281
Berikutan pelaksanaan PKP secara besar-besaran pada tahun 2020, ianya telah memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap Pendidikan di Malaysia khasnya Politeknik. Antara kesan yang terbesar adalah pelaksanaan amali secara atas talian yang mana pelaksanaannya adalah sangat mencabar dan memerlukan kreativiti yang tinggi kerana ketiadaan video-video dan data amali yang mengikut kurikulum sebenar. Keperluan untuk menginterpretasikan kurikulum khasnya amali menyebabkan satu inovasi yang berupa video 3600 telah dibangunkan oleh beberapa pensyarah kursus di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu yang mana ianya diaplikasikan semasa amali bagi kursus DJJ30113 Materials Science and Engineering secara atas talian. Kajian mengenai penggunaan inovasi tersebut telah pun dibuat sebelum ini dan kesinambungan dari kajian tersebut, kajian berikutnya pula dijalankan bagi mengenalpasti kesan penggunaan video 3600 amali tersebut terhadap pencapaian pelajar seramai 259 orang di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi semester 3 dan 4 di PSMZA. Tiga semester menjadi pilihan sebagai kajian iaitu semester Jun 2020 (sebelum penggunaan inovasi), semester Disember 2020 (penggunaan kali pertama inovasi) dan semester 1: 2021/2022 (penggunaan inovasi selepas penambahbaikan). Data dan analisa keputusan pencapaian pelajar dibuat menggunakan perisian Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kesan penggunaan peralatan inovasi video 3600 tidaklah membantu dalam meningkatkan keputusan pencapaian pelajar sebaliknya lebih kepada suatu alat PdP yang diperlukan dalam menterjemahkan kurikulum amali yang sebenar. Sebaliknya, yang menentukan pencapaian pelajar adalah bagaimana kaedah PdPDT dijalankan semasa menggunakan inovasi video 3600 tersebut dengan mengambilkira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.
Norfidah binti Jaharudin, Habibah binti Remeli Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/281 Mon, 06 Mar 2023 00:00:00 +0000 Kesediaan Pelajar Politeknik Mersing Mengikuti Pembelajaran dan Pengajaran Secara Dalam Talian Bagi Kursus Engineering Science https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/282
Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan Pembelajaran dan Pengajaran Secara Dalam Talian (PdPDT) dilaksanakan di institusi pendidikan seluruh negara termasuklah di Politeknik. Bagi memastikan PdPDT dilaksanakan dengan berkesan, kesediaan para pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam PdPDT bagi kursus Engineering Science di Politeknik Mersing. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kuantitatif. Sementara itu, rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. 125 sampel telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada 18 item berskala likert 5-mata. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.0. Kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian-t yang dijalankan terhadap dua program yang dikaji dari aspek Efikasi Kendiri, Pembelajaran Terarah, Kawalan Diri, Motivasi dan Komunikasi dalam Penggunaan Komputer dan Internet, dan juga dari aspek Efikasi Kendiri Komunikasi secara dalam talian. Di samping itu, kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan PdPDT berdasarkan faktor lokasi PdPDT dijalankan. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenalpasti tahap kepuasan serta pengalaman pelajar terhadap PdPDT dan kesan PdPDT terhadap pencapaian akademik pelajar.
Saidatul Nizan bt Nasroddin, Mohamad Najib bin Norhan, Muhammad Amirul bin Abdullah Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/282 Sun, 05 Mar 2023 00:00:00 +0000 Menentukan Kebolehpercayaan Set Kompetensi Kerja 4IR Menggunakan Analisis Kappa https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/284
Kebutuhan akan tenaga kerja yang berpengetahuan, terampil dan berkompeten tinggi merupakan tuntutan industri saat ini dan masa depan. Rangkaian persyaratan kerja menuju 4IR yang dibangun merupakan daftar kapabilitas yang meliputi aspek pengetahuan, keterampilan dan perilaku yang sejalan dengan perkembangan pekerjaan dalam membentuk kompetensi kerja yang sesuai di Malaysia. Ini digambarkan sebagai seperangkat kompetensi setelah 4IR yang perlu diterapkan oleh siswa untuk memastikan mereka berjuang menjadi pekerja kamp Iran. Perkembangan teknologi ini perlu disesuaikan di sektor industri dalam memastikan ekonomi suatu negara berkembang pesat. Merujuk pada kajian yang telah dilakukan, syarat pemenuhan kehendak industri melibatkan tindakan dan upaya universitas dalam memenuhi apa yang dibutuhkan industri untuk membina kelompok mahasiswa sebelum mereka bekerja di industri. Kajian ini mengkaji unsur, konstruk dan sub konstruk melalui pendekatan kualitatif. Data yang diperoleh telah melalui proses analisis tematik dan telah membentuk perangkat kompetensi kerja yang memiliki empat konstruk, enam sub konstruk dan 63 elemen. Oleh karena itu, untuk memastikan keterpercayaan perangkat kompetensi kerja terhadap 4IR yang diperoleh, telah dilakukan analisis Kappa. Analisis bertujuan untuk mendapatkan kredibilitas dengan melibatkan sekelompok ahli yang ditunjuk untuk menentukan konstruk dan sub konstruk yang sesuai. Hasil analisis menunjukkan bahwa diperoleh nilai persetujuan kappa yang tinggi meliputi konstruk kompetensi fungsional dengan nilai kappa 0,78, perilaku dengan nilai kappa 0,85. Untuk konstruk perubahan teknologi dan kompetensi transdisiplin dengan nilai kappa masing-masing 0,70 dan 0,62 menunjukkan nilai kesepakatan kappa sederhana.
Nurul Afizah binti Adnan, Abdullah Azraai bin Hasan Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/284 Wed, 08 Mar 2023 00:00:00 +0000 Penerimaan Pelajar Politeknik Banting Terhadap Penggunaan Google Jamboard dalam Kursus Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/285
Penggunaan google jamboard merupakan satu alternatif alat digital dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) yang menarik serta membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pelajar Politeknik Banting (PBS) terhadap penggunaan google jamboard dalam kursus MPU 23052 Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam (STK). Seramai 86 pelajar PBS sesi II 2021/2022 daripada kelas DKM 2B, DKM 2D, DKM 2F dan DTP 2B yang diajar sendiri oleh pengkaji terlibat dalam kajian ini. Soalan kajian adalah diadaptasi daripada instrumen yang dibangunkan oleh Melvina Chung Hui Ching yang berfokus kepada empat aspek iaitu keseronokan, kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap pelajar terhadap penggunaan google jamboard. Data dianalisis secara deskriptif dalam menentukan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan google jamboard bagi kesemua empat aspek kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar PBS terhadap penggunaan google jamboard adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan dan dicadangkan untuk menggunakan google jamboard sebagai alat digital dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) atau PdPDT.
Normurni Mohamad Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/285 Sun, 05 Mar 2023 00:00:00 +0000 Penghasilan Templat Senarai Semak Algoritma Penjadualan (TSSAP) dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman Pelajar Kursus DFC 10103 di Politeknik Malaysia https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/286
Templat Senarai Semak Algoritma Penjadualan (TSSAP) merupakan penyelidikan untuk melihat sejauh mana aplikasi bahan bantu mengajar (BBM) yang telah dihasilkan berjaya meningkatkan tahap pemahaman pelajar. Sasaran BBM ini melibatkan pelajar semester satu yang mengambil kursus Sistem Pengoperasian DFC 10103. Kursus Sistem Pengoperasian (Operating System)- DFC 10103 merupakan kursus teras (common core) yang wajib diambil oleh semua pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) – DDT di Politeknik Malaysia. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk pengurusan proses-proses yang berlaku di dalam sistem Pengoperasian Windows 10 termasuk pre emptive and bukan pre emptive dan melibatkan lima algoritma penjadualan. Hasil penelitian dalam kelas menunjukkan bahawa pelajar perlu dibantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sub topik pengajaran dalam kursus tersebut. Ini diperoleh dengan melihat kepada rekod pencapaian pelajar telah menunjukkan kurang kefahaman bagi topik algoritma penjadualan yang meliputi tiga sub topik utama. Kaedah TSSAP yang menggabung teknologi telah dipilih supaya pelajar dapat melihat berulang kali agar pemahaman konsep dapat difahami Kajian ini menggunakan Model A-D-D-I-E dalam penghasilan TSSAP supaya lebih terarah dan sistematik. Dalam kajian ini, penggunaan TSSAP telah diberikan kepada pelajar semester satu bagi Sesi 2 2021/2022 untuk digunakan sebagai BBM dalam menghadapi peperiksaan akhir semester semasa. Seramai 41 pelajar telah didedahkan kepada TSSAP pada minggu ke-13 dan minggu ke-14 pengajaran dan sesi ulang kaji topik yang berkaitan telah dilaksanakan. Kelebihan penggunaan TSSAP ini, pelajar boleh mengakses kepada kaedah TSSAP melalui paparan QR Code dan di mana sahaja pelajar berada. Melalui TSSAP, pembelajaran secara kendiri dapat dilaksanakan dengan mudah. Ini kerana pelajar dapat mengulang kaji topik berkaitan sebelum dan selepas mempelajarinya serta berupaya meningkatkan kefahaman pelajar.
Abdullah Azraai bin Hasan, Nurul Afizah binti Adnan Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/286 Sun, 05 Mar 2023 00:00:00 +0000 Keberkesanan Penggunaan Relay Demonstration Board dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar Kejuruteraan Elektrik https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/287
Relay Demonstration Board (RDB) dihasilkan bagi menambahbaik pemahaman pelajar berkaitan kursus PROJECT 1 dan PROJECT 2 khususnya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak. RDB ini sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan pelajar memahami konsep litar relay serta aplikasi relay di dalam litar asas elektronik. Kaedah perlaksanaan dalam menghasilkan inovasi ini, menggunakan Model ADDIE kerana ia merupakan antara model reka bentuk yang sering digunakan sebagai asas reka bentuk sesuatu kit. Model ADDIE terdiri daripada Analyze (analisis), Design (merekabentuk), Develop (pembangunan), Implementation (pelaksanaan), Evaluation (penilaian). Kajian keberkesanan dibuat dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden semester 4 yang mengikuti kursus DEE40082 – Project 1 di Politeknik Kuching Sarawak. Data dianalisa dalam bentuk peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan semua aspek iaitu motivasi, keselesaan dan kefahaman aplikasi pada tahap tinggi. Dengan penggunaan RDB ini, pensyarah dapat menerangkan penyambungan litar relay yang akan dilaksanakan dalam masa yang lebih cepat serta kemahiran pelajar mengaitkan aplikasi relay dalam situasi harian dapat dipertingkatkan. Ia juga membantu meningkatkan pemahaman dari segi teori dan menarik minat pelajar terhadap kursus dan membantu pelajar membangunkan projek akhir menggunakan aplikasi relay.
Norsaadah Binti Sapon, Nor Asiah Binti Mad Yunus, Ruzaihan Bin Jaffar Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/287 Sun, 05 Mar 2023 00:00:00 +0000 The Effect Of Distributed Generation (DG) Placement On Electricity Reliability https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/288
The continuity of the supply of electric power is becoming a greater demand from consumers. Feeder MRA05 GI Mrica Banjarnegara supplies electrical energy for parts of Banjarnegara Regency until 2020 has 4 distributed generations, namely PLTMH Sigebang 500 KW, PLTMH Kincang 320 KW, PLTMH Adipasir 320 KW, PLTMH Rakit 500 KW. Based on recorded data in 2020, the MRA05 feeder experienced 15 blackouts/year, with a total outage duration of 38.68 hours/year, of course it was enough to disrupt the continuity of the distribution of electrical energy to consumers. This research discusses the magnitude of the reliability index (SAIFI, SAIDI, CAIDI) when the DG is not installed and installed. The calculation of the magnitude of the reliability index was carried out using the Reliability Index Assessment (RIA) method, the calculation results were compared with the results of the ETAP 12.6.0 software simulation. The reliability index is based on the RIA method when DG is not installed, the SAIFI value is 2.96228 interruptions/year, the SAIDI value is 9.1185 hours/year, the CAIDI value is 3.078 hours/interruption, When DG is installed, the SAIFI value is 2.96228 disturbances/ year, the SAIDI value is 7.567 hours/year, the CAIDI value is 2.5546 hours/interruption.
Agung Nugroho, Ajub Ajulian ZM, Bambang Winardi Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/288 Thu, 16 Mar 2023 00:00:00 +0000 Design of Dashboard Administration of the Public Sector https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/293
This research discusses the design of a public service administration system which is expected to facilitate the processing of public service administration data, the method of implementing activities carried out to achieve the success of the objectives of this activity through mapping indicators and data elements, field surveys, dashboard designs. The results of the design of a public service administration system with the waterfall model stages have resulted in a new system analysis UML modeling approach to systematic and sequential software development starting from the level and progress of the system in analysis, design, code, testing and maintenance of the system, with this system can maximize time and easily find data again.
Samad Samad , Albertus Laurensius Setyabudhi Copyright (c) 2023 Engineering and Technology International Journal https://mand-ycmm.org/index.php/eatij/article/view/293 Thu, 30 Mar 2023 00:00:00 +0000