Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Terapi Kecantikan dan Spa di Kolej Komuniti Sungai Petani dalam Pembelian Produk Kosmetik Halal
DOI:
https://doi.org/10.55642/phasij.v3i01.302Keywords:
sikap; kesedaran; persekitaran; niat beli; produk komestik halalAbstract
Kajian ni bertujuan untuk mengkaji pengaruh antara sikap, kesedaran dan persekitaran terhadap niat beli pelajar Terapi Kecantikan dan Spa terhadap produk kosmetik halal di Kolej Komuniti Sungai Petani. Dalam kajian telah menggunakan soal selidik untuk mengumpul data daripada 87 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil dan Diploma Terapi Kecantikan dan Spa. Data yang dikumpul ini telah dianalisis dengan menggunakan analisis kolerasi dan regresi berganda. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa sikap, kesedaran, dan persekitaran tidak terdapat pengaruh yang signifikan terhadap niat beli pelajar Terapi Kecantikan dan Spa terhadap produk kosmetik halal. Implikasi daripada kajian ini adalah untuk pelajar Terapi Kecantikan dan Spa yang memakai produk kosmetik, industri atau organisasi yang terlibat dalam menghasilkan produk kosmetik halal. Akhirnya, untuk kajian lanjutan, penyelidik juga boleh menambah pemboleh ubah bebas yang lain seperti harga, kualiti produk, dan kemudahan pembelian ke dalam penyelidikan supaya penyelidik dapat mengetahui lebih lanjut tentang niat pembelian pelajar Terapi Kecantikan dan Spa terhadap produk kosmetik halal sama ada dipengaruhi oleh faktor tersebut atau tidak.