Kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dalam kalangan pelajar Politeknik Mersing

Authors

  • Ani Raihana Rosli Politeknik Mersing
  • Madihah Izyana Mahadi Politeknik Mersing
  • Azizah Mohamad Politeknik Mersing

DOI:

https://doi.org/10.556442/taveij.v3i1.280

Keywords:

Kefahaman Nilai Murni; Pengamalan Nilai Murni; Nilai Murni & PEP

Abstract

Amalan nilai murni merupakan sebahagian dari amalan yang perlu dilakukan dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan pengetahuan mengenai amalan nilai murni hendaklah dipelajari dan difahami terlebih dahulu. Namun begitu, masih terdapat kekurangan dan kelompongan amalan nilai murni dalam kalangan mahasiswa IPT. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan adalah mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Kursus ini merupakan satu kursus MPU yang baharu ditawarkan dan wajib dipelajari oleh semua pelajar di peringkat pengajian tinggi. Kursus ini ditawarkan untuk membentuk dan menerapkan nilai universal kepada mahasiswa yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti kaum, etnik dan agama. Kajian kuantitatif ini dijalankan di Politeknik Mersing dengan menggunakan pensampelan rawak mudah bagi pengumpulan data. Responden dalam penyelidikan adalah terdiri daripada 157 orang pelajar yang telah mengambil kursus ini. Hasil penemuan kajian mendapati tahap kefahaman dan pengamalan pelajar tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam kandungan Penghayatan Etika dan Peradaban berada di tahap tinggi. Kesimpulannya, para pelajar Politeknik Mersing mempunyai tahap kefahaman dan pengamalan nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada pihak yang terlibat mengenai kepentingan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban terutamanya dalam membentuk nilai murni kepada pelajar

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-02-20