Maklum Balas Firma Bagi Pelajar Latihan Industri Jabatan Kejuruteraan Elektrik Sesi Desember 2020 berdasarkan CLO

Authors

  • Suhaila Binti Sharif Politeknik Mersing
  • Syahrom Bin Zakaria Politeknik Mersing

Keywords:

Kepuasan majikan, CLO, Komunikasi berkesan

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan dan persepsi majikan terhadap pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Malaysia khususnya pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing. Penyelidik telah membuat klasifikasi item-item berdasarkan CLO, Celik Teknologi (CLO 1), Komunikasi Berkesan (CLO 2), Kerja Berpasukan (CLO 3), Polisi, Prosedur dan Peraturan (CLO 4A), Etika Profesional (CLO 4B) serta Pelaporan (CLO 5). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan CLO dikalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing, berdasarkan penilaian yang diberikan oleh majikan. Responden kajian meliputi pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mersing bagi kursus ‘Engineering Industrial Training’ (DUT600610) sesi Disember 2020 iaitu seramai 107 orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah berdasarkan borang soal selidik Appendix (E1). Borang soal selidik adalah berfokus kepada tahap kemahiran, pengetahuan, dan kemahiran insaniah. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan peratusan. Dapatan kajian ini secara umumnya menunjukkan skor min yang tinggi iaitu M=0.9. Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa pelajar menunjukkan pencapaian cemerlang dalam aspek Kerja Berpasukan (CLO 3) dan juga Etika Profesional (CLO 4B). Bagi domain Komunikasi Berkesan (CLO 2), Polisi, Prosedur Dan Peraturan (CLO 4A) serta Pelaporan (CLO 5) hanya mendapat keputusan baik. Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia amnya, Jabatan Pendidikan politeknik dan Kolej Komuniti, Politeknik Mersing khususnya dałam perancangan program. Dapatan kajian ini boleh dijadikan tanda aras bagi pengubalan kurikulum di politeknik terutama Komunikasi Berkesan (CLO 2). Pihak industri juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk pengetahuan tentang keperluan kemahiran Komunikasi Berkesan dałam kalangan pekerja yang diambil bagi meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat. Kajian ini menjadi garis panduan bagi pihak industri dałam merancang keperluan ekonomi di era globalisasi ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-02-20