Pemupukan Kemahiran Kepimpinan Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Pelajar Kursus Projek

Authors

  • Noraini binti Harun Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
  • Dulina binti Tholibon Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
  • Nursahizalina binti Mohd Saat Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

DOI:

https://doi.org/10.556442/taveij.v3i1.290

Keywords:

kemahiran kepimpinan; kerja berpasukan; komunikasi; pembelajaran berasaskan projek

Abstract

Kemahiran kepimpinan merupakan kunci kejayaan dalam kerja berkumpulan yang mendorong setiap ahli untuk bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui kursus Projek 1 dalam memupuk kemahiran kepimpinan terhadap kerja berpasukan dan komunikasi merupakan tujuan utama kajian ini dilaksanakan. Kajian kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi terhadap 207 responden yang merupakan pelajar kursus Projek 1 di Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail. Hasil dapatan kajian membuktikan pemupukan kemahiran kepimpinan terhadap kerja berpasukan dan komunikasi berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, pemupukan kemahiran kepimpinan tidak terdapat perbezaaan yang signifikan berdasarkan jantina. Analisis data juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemupukan kemahiran kepimpinan terhadap pencapaian pelajar kursus Projek 1. Interprestasi analisis data yang diperolehi dalam kajian ini membuktikan bahawa kemahiran kepimpinan dapat dipupuk melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dalam kursus Projek 1 tetapi tiada perkaitan dengan pencapaian pelajar. Maka, kemahiran kepimpinan telah dapat dipupuk dalam diri pelajar sebagai persediaan menghadapi kursus Projek 2 yang lebih mencabar serta menuntut komitmen kerja berpasukan dan komunikasi berkesan. Realitinya kemahiran kepimpinan mendorong pelajar untuk bertindak sebagai individu yang memastikan kejayaan bersama dalam satu pasukan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-02-20