Kajian Keberkesanan Program Latihan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz di Pasir Gudang

Authors

  • Wan Ajrul Asward Bin Wan Hashim Kolej Komuniti Pasir Gudang
  • Siti Mahani Binti Shaik Ismail Kolej Komuniti Pasir Gudang
  • Nurhalisa binti Mohd Ali Ali Kolej Komuniti Pasir Gudang

DOI:

https://doi.org/10.556442/taveij.v3i1.291

Keywords:

Program Latihan Kemahiran; kemahiran; pengetahuan; pelajar tahfiz

Abstract

Program Latihan Kemahiran kepada pelajar tahfiz telah dilaksanakan dibawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Pasir Gudang bermula 2020 hingga 2022. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tahfiz. Di samping itu, boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan memberi peluang untuk berdikari dalam kehidupan selepas tamat pengajian. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan Program Latihan Kemahiran dalam kalangan pelajar tahfiz di Pasir Gudang. Responden kajian melibatkan seramai 22 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ansar, 38 orang pelajar Al Maahad Tahfiz Al-Quran Tarbiah Wat Tahfiz dan 20 pelajar Maahad Tahfiz Darul Uloom Asadul Haramain yang telah menyertai Program Latihan Kemahiran di Kolej Komuniti Pasir Gudang bermula April hingga Julai 2022. Reka bentuk kajian dijalankan secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif untuk mencari kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan Program Latihan Kemahiran dalam kalangan pelajar tahfiz berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor 4.37. Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan untuk pelajar tahfiz harus diteruskan dan dikekalkan bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memberi peluang pekerjaan tambahan pada mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-02-20