eVOT: Sistem Pengurusan VOT Kewangan di Politeknik Mersing
DOI:
https://doi.org/10.556442/taveij.v3i1.292Keywords:
vot; evot; pengurusan perbelanjaan; pengurusan vot kewanganAbstract
Umum mengetahui, kod vot merupakan salah satu kod perakaunan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengurusan dalam penyediaan laporan kewangan untuk sesebuah institusi. Pengurusan vot secara manual dan tidak bersistematik membuatkan perbelanjaan vot yang telah diperuntukkan ke setiap bahagian atau unit tidak dapat diuruskan dengan baik. Masalah lain yang timbul adalah apabila terdapat unit menggunakan peruntukan unit lain dan sukar dipantau oleh pihak pengurusan. Maka objektif utama eVOT diwujudkan adalah bertujuan untuk memantau dan mengawal pengurusan perbelanjaan vot yang telah diperuntukkan kepada Politeknik Mersing (PMJ). Penggunaan eVOT juga membolehkan pihak pengurusan politeknik memantau peratusan aktiviti perbelanjaan setiap unit dari semasa ke semasa. Selain itu, eVOT juga memudahkan pihak yang bertanggungjawab untuk membuat anggaran permohonan peruntukkan kewangan pada tahun berikutnya dengan lebih cepat dan tepat. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem eVOT ini adalah metodologi prototaip kerana metodologi ini lebih jelas dan dapat mengurangkan risiko semasa membangunkan sistem.Bagi memudahkan lagi sistem pengurusan dan pemantauan eVOT ini, adalah dicadangkan supaya kaedah pemantauan ini dinaiktaraf kepada web aplikasi bagi memudahkan capaian pegawai yang terlibat. Penerimaan yang baik terhadap eVOT ini menunjukkan bahawa kaedah pemantauan yang bersistematik dan berpusat memudahkan dah diterima pakai oleh pegawai yang diamanahkan untuk membelanjakan vot ini.