Kajian Tinjauan Penerimaan Pelajar Terhadap Microsoft Team Sebagai Medium Utama Pembelajaran Atas Talian Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2 Di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Keywords:
Fasa pendemik Covid-19, Microsoft Teams, pembelajaran atas talian, politeknikAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar dari aspek pengetahuan, sikap dan tahap motivasi semasa menggunakan Microsoft Teams sebagai medium utama pembelajaran atas talian bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2 di POLISAS. Sampel kajian terdiri daripada 256 orang pelajar semester 2 dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik. Satu set soal selidik telah dibentuk dan digunakan sebagai instrument kajian. Untuk menganalisis data, penyelidik telah menggunakan statistik deskriptif bagi mendapatkan nilai skor min dan peratus menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) Versi 27.0. Hasil kajian mendapati, aspek pengetahuan mendapat 3.95 nilai skor min keseluruhan. Aspek sikap pelajar pula mendapat 3.87 nilai skor min keseluruhan. Bagi aspek motivasi pelajar telah mendapat 3.90 nilai skor min keseluruhan. Oleh itu dapatan kajian mendapati aspek pengetahuan, sikap dan tahap motivasi pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Semoga kajian ini akan dapat memberikan penerangan yang jelas tentang tahap kesediaan dan penerimaan pelajar terhadap Microsoft Teams sebagai medium utama pembelajaran atas talian di Politeknik. Ini adalah bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mengharapkan pendekatan ini dapat diperkasakan sehingga ke tahap global.