Tahap Minat, Kefahaman dan Kemahiran Yang Mempengarahi Pencapaian Pelajar Dalam Pembelajaran Berasaskan Mini Projek (PBmP)

Authors

  • Maizun Binti Jamil Politeknik Merlimau
  • Nurul Najwa Binti Md Yusof Universiti Teknologi Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.620

Keywords:

IoT; TVET; Pembelajaran Berasaskan Projek; Revolusi Industri 4.0

Abstract

Keadaan semasa dan akan datang menunjukkan trend peningkatan penggunaan aplikasi IoT yang memuncak. Keadaan ini didorong oleh kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang memerlukan sistem perhubungan tanpa wayar yang sangat pintar. Disebabkan ini, pendidikan di Malaysia termasuklah politeknik perlu sentiasa bersedia menitik beratkan keperluan untuk membentuk generasi baru yang berkemahiran dalam bidang teknologi seperti automasi dan robotik. Walaubagaimanapun, teknologi seperti ini memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks dan kemahiran ini sukar dikuasai oleh pelajar, terutamanya yang berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan. Untuk mengurangkan masalah ini dari terus berlaku, banyak kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di politeknik mempunyai strategi pendekatan PBmP yang digabungkan dengan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana tahap minat, kefahaman dan kemahiran dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam melaksanakan mini projek bagi Kursus DEC50132-Internet Base Controller Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau. Dapatan kajian diperolehi melalui borang soal-selidik dan dianalisis menggunakan Perisian SPSS v.26. Keputusan menunjukkan semua item dalam ketiga-tiga aspek mendapat skor min yang tinggi. Dari segi jantina pula, tiada sebarang perbezaan yang signifikan yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapatan kajian mencadangkan bahawa pelajar berupaya menghasilkan mini projek yang baik sekiranya pelajar mempunyai minat dan kefahaman yang tinggi serta dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan baik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ghosh, A., Maeder, A., Baker, M., & Chandramouli, D. (2019). 5G Evolution: A View on 5G Cellular Technology beyond 3GPP Release 15. IEEE Access, 7, 127639-127651.

Kamaruddin Ilias, & Che Aleha Ladin. (2018). Pengetahuan Dan Kesediaan Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. The Online Journal Of Islamic Education, 6(2), 18-26.

Tee Tze Kiong, Noor Syuhaili Mohd Rusly, Ruhiana Idayu Abd Hamid, Charanjit Kaur Swaran Singh, & Zaliza Hanapi. (2022). Inventive Problem-Solving in Project-Based Learning on Design and Technology : A Needs Analysis for Module Development. Asian Journal of University Education, 18(1).

Fatin Izati Mohd Taher, & Khadijah Abdul Razak. (2022). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Pelajar Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Berorientasikan Animasi. International Journal of Education, Psychology, and Counselling, 7(45), 501-515.

Kissanraj Nagaraj, & Muhammad Sofwan Mahmud. (2022). Kesan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dalam Pendidikan Matematik: Tinjauan Literatur Bersistematik (SLR). Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 260-274.

Nor Khayati Basir, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. (2017). Sikap dalam Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap pencapaian pelajar di Politeknik Perak. TAMU Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3, 1-14.

Mohd Salleh Abu , & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer : SPSS 10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishings.

Arwansyah Kirin, Faisal Husen Ismail, Muhammad Masruti, Siti Marpuah, & Hafizah Ahmad. (2022). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aplikasi Dalam Talian Dan Sikap Pensyarah Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Di Univer-siti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semasa Pandemik Covid-19. Al-Hikmah International Journal for Islamic Studies & Human Sciences, 5(1), 1-26.

Krejcie, R., & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Downloads

Published

2024-02-21