Impak Program Service Learning K@Ply2com Terhadap Kemahiran Generik Pelajar Di Politeknik Mersing
DOI:
https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.621Keywords:
K@Ply2com; Kemahiran Generik; Komunikasi; Kemahiran Berkumpulan; CLO; PLOAbstract
Knowledge Applying to Community (k@ply2com) merupakan platform pembelajaran transformatif iaitu pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan pendekatan konstruktivisme sosial dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Manakala kemahiran generik merupakan salah satu penilaian afektif yang diukur dikalangan pelajar merangkumi kemahiran komunikasi dan kemahiran kerjasama secara berkumpulan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak k@ply2com terhadap kemahiran generik pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis secara kuantitatif dan responden terdiri daripada 58 orang pelajar yang mengambil kursus Digital Multimedia (DFT30153) bagi menjawab objektifeneri kajian. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik di mana setiap item yang dikemukakan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata. Dapatan kajian menunjukkan tahap program k@ply2com terhadap kemahiran generik pelajar di Politeknik Mersing mempunyai impak yang tinggi dengan purata skor min adalah 4.43 bagi aspek tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar dengan komuniti usahawan, manakala bagi aspek keupayaan pelajar dalam memberi kerjasama secara berkumpulan memperolehi skor min 4.44. Justeru itu, pelaksanaan program k@ply2com dapat meningkatkan pembangunan diri pelajar serta menyokong keberhasilan bagi hasil pembelajaran Course Learning Outcome (CLO) dan Programme Learning Outcome (PLO) terhadap kemahiran keusahawanan dan kemahiran pengurusan berpasukan yang baik.
Downloads
References
Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, Abu Zarrin Selamat, Mohd Fauzi Ali, & Mohd Husni Abd Halid. (2021). Tahap Kemahiran Generik Dalam Melahirkan Kepemimpinan Mahasiswa Berwibawa Di Politeknik. Qalam International Journal of Islamic And Humanities Research Volume 1, Issue 1, 2021
Zaryati Binti Zaini & Mardhiah Binti Shari. (2022). Kajian Keberkesanan Latihan Industri Pelajar Sijil Teknologi Elektrik (Tahun2018-2020), Kolej Komuniti Jelebu. International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education 27, Issue 1(2022) 17-23
Kamaruddin Ilias, Mubin Md Noor, Asiahwati Awi, Roshidah Abdul Rahman, Noradzimah Abdul Majid & Mohd Khiril Anuar Zulkurnaini. (2020). Kemahiran Generik Dan Pencapaian Akademik Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Journal Of Advanced Research In Social And Behavioural Sciences 19, Issue 1 (2020) 57-63
Noor Halawati Che Meh & Mas Guieta Aton. (2022). Tahap Penguasaan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dikalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi Dan Sains Sosial Vol. 8 Issue 1 (Special Issue – Icrisc2022) International Conference On Research And Innovation In Sustainable Cities @ Puo
Apsari, N., & Sastiawati, S. (2021). Kemampuan Kognitif, Afektif Dan Psikomotorik Siswa Sekolah Dasar Pada Pembelajaran Ipa Menggunakan Metode Inkuiri. Jurnal Pendidikan Dasar, 9(1), 37–45.
Zakri Tarmidi, Uznir Ujang, Akhmal Sidek & Ahmad Nabil Md Nasir. (2022). Penilaian Keberkesanan Pembelajaran Aktif Segerak Dan Tidak Segerak Secara Atas Talian Bagi Kursus Pengurusan Geoinformasi. Journal Of Ict In Education (Jictie) Issn 2289-7844 / 9 / 2 / 2022 / 16-33
Surya Adliza Abdul Kadir & Ying-Leh Ling. (2021). Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Institusi Pendidikan Teknikal International Journal Of Education And Pedagogy. Eissn: 2682-8464 | Vol. 3, No. 1, 22-41, http://Myjms.Mohe.Gov.My/Index.Php/Ijeap
Dr. Arni Munira Markom. (2020, 19 Disember). Perkasa kemahiran keusahawanan pelajar sekolah, universiti. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 19 Disember 2020, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda pembaca/2020/12/766693/perkasa-kemahiran-keusahawanan-pelajar-sekolah-universiti
Siti Rahayu Hussin. (2021, 26 Januari). PKS perlu segera beralih kepada digitalisasi. Astro Awani Online. Bahan diakses pada 26 Januari 2021, daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pks-perlu-segera-beralih-kepada-digitalisasi-279769