Persepsi Alumni Terhadap Kerelevanan Kandungan Silibus Building Information Modelling (BIM) Dalam Kurikulum Program Diploma Teknologi Senibina (DTS) Dengan Keperluan Di Industri
DOI:
https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.623Keywords:
Algoritma A, algoritma B, kompleksitasAbstract
Building Information Modelling (BIM) atau permodelan maklumat bangunan adalah perkara baharu dalam industri pembinaan Malaysia. Ianya mula diperkenalkan dalam tahun 2009 oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan projek pembangunan pertama yang disiapkan adalah dalam tahun 2013. Kurikulum Diploma Teknologi Senibina (DTS) di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) menekankan kepada implementasi BIM. Ia digubal dalam tahun 2015 di mana pada ketika itu tidak banyak sumber rujukan berkaitan BIM yang diperolehi. Kini BIM semakin berkembang dan sejumlah lima kumpulan pelajar (batch) yang telah berjaya menamatkan pengajian dan berkerja dalam industri. Kajian ini memfokuskan kepada persepsi alumni DTS di mana mereka telah mengalami suasana pembelajaran di kolej dan kini sedang berkerja di industri. Objektif kajian adalah untuk melihat persepsi alumni terhadap aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) silibus BIM di KKSB, kesesuaian kandungan silibus BIM dan kesesuaian graduan untuk mula berkerja di industri. Selain itu, kajian ini juga turut melihat kepada persepsi responden antara kumpulan ambilan pelajar (batch). Kajian secara kuantitatif ini melibatkan borang soal selidik (google form) yang diagihkan melalui aplikasi telegram yang disertai oleh semua alumni DTS. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan responden-responden memberikan maklumbalas positif terhadap soal selidik yang disediakan di mana purata skor bagi setiap soalan adalah antara 4.49 hingga 4.78. Ini menunjukkan silibus BIM yang dipelajari semasa di KKSB adalah masih relevan dengan keperluan kerja di industri. Ini secara tidak langsung telah membantu organisasi mencapai matlamat menghasilkan graduan TVET yang diperlukan pihak industri dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Downloads
References
Amirah Izzah Ramli, M. S. M. N. (2022). The Level of Knowledge and Skill of UTHM Engineering Lecturers on Building Information Modeling (BIM). Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1958–1969.
Farouk, A. M., Zulhisham, A. Z., Lee, Y. S., Rajabi, M. S., & Rahman, R. A. (2023). Factors, Challenges and Strategies of Trust in BIM-Based Construction Projects: A Case Study in Malaysia. Infrastructures, 8(1). https://doi.org/10.3390/infrastructures8010013
Ida Royandiah, Gunawan Wiradharma, Isma Dwi Fiani, Arifah Bintarti, N. K. W. (2021). Kajian Penyempurnaan Kurikulum Program Studi Ilmu Komunikasi Universitas Terbuka Dari Sudut Pandang Alumni dan Pengguna Lulusan. Jurnal Ilmu Komunikasi Dan Informasi, 1(No. 2), 102–115.
Iffah, N., Ruslan, S., Yamani Yahya, M., Pembinaan, J. P., Pengurusan, F., & Perniagaan, T. &. (2022). Kemahiran Perisian Teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) Dalam Industri Pembinaan Di Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 596–607. http://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb
Khairudin, K. I., & Yamani Yahya, M. (2022). Penggunaan Teknologi Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) Dalam Fasa Pembinaan Bagi Menambahbaik Proses Pembinaan Di Malaysia. Research in Management of Technology and Business, 3(1), 582–595. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/7214
Miza Raimi Mohd Saf’a, Tee Tze Kiong, N. A. N. (2023). Readiness And Challenges of the Construction Industry in Implementing Building Information Modelling (BIM). Journal of Technical Education And Training, 15(1), 158–166.
Rahim, N. S. A., Ismail, S., & Yusof, A. md. (2022). Implementation Strategies of Building Information Modelling towards Sustainable Residential Construction Project in Malaysia. Civil Engineering and Architecture, 10(4), 1556–1563. https://doi.org/10.13189/cea.2022.100425
Rahimee, N. A., & Noh, M. S. (2022). Study on Level of Awareness and Readiness of UTHM Students in Building Information Modeling ( BIM ) (Vol. 3, Issue 1, pp. 805–813).
Sanusi, A. N. Z., Abdullah, F., Azmin, A. K., Yusof, Z. B., & Asif, N. (2022). Integration of Environmental BIM Analysis With Design Projects in the Pedagogy of Architectural Education. Proceeding of DARCH 2022 2nd International Conference on Architecture & Design. https://doi.org/10.46529/darch.202203
Tanko, B. L., & Mbugua, L. (2022). BIM Education in Higher Learning Institutions: A Scientometric Review and the Malaysia Perspective. International Journal of Built Environment and Sustainability, 9(1), 23–37. https://doi.org/10.11113/ijbes.v9.n1.864
Waqar, A., Qureshi, A. H., & Alaloul, W. S. (2023). Barriers to Building Information Modeling (BIM) Deployment in Small Construction Projects: Malaysian Construction Industry. Sustainability, 15(3). https://doi.org/10.3390/su15032477
Zaihan Haron dan Hilmun Mohamed. (2016). Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah Di Politeknik Melaka. Journal of Social Sciences 90 and Humanities, 1(1).Diperoleh daripada www.jonatuansarjowo.info/korelasi/korelasi.htm