Indeks Kos Sara Hidup Pelajar Kolej Komuniti Kuantan selepas Era Pandemik Covid-19

Authors

  • Nor Mohd Syamsi Abd Malek Kolej Komuniti Kuantan
  • Noor Rahimi Idiris Kolej Komuniti Kuantan
  • Zamrizal Zakaria Kolej Komuniti Kuantan

DOI:

https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.624

Keywords:

Kos Sara Hidup, Kolej Komuniti Kuantan, Sumber Kewangan Pelajar, Kos Perbelanjaan Pelajar, Indeks Kos Sara Hidup

Abstract

Masyarakat di Malaysia sudah sedia tertekan dengan kesan pandemik Covid-19, dan kini perlu menghadapi satu lagi fenomena dan cabaran baharu iaitu berkaitan kenaikan kos sara hidup, ekonomi global yang tidak menentu dan kadar inflasi meningkat. Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh ketua keluarga semata-mata, malah turut memberi kesan mendalam kepada para pelajar di IPT. Persoalan yang timbul adalah, mampukah mereka mengharungi situasi peningkatan kos sara hidup ini? Maka kajian ini dilaksanakan bagi melihat nisbah purata perbelanjaan bulanan berbanding purata pendapatan bulanan pelajar. Kolej Komuniti Kuantan dipilih sebagai pusat pengumpulan data sampel kajian. Kaedah yang digunakan adalah melalui pengedaran borang soal selidik secara rawak dan terpilih. Hasil dapatan kajian menggunakan perisian SPSS dan Microsoft Office Excel untuk keputusan yang lebih tepat dan jelas. Hasil dapatan data menunjukkan bahawa indeks kos sara hidup pelajar di Kolej Komuniti Kuantan ialah 0.82. Ini menggambarkan bahawa jumlah purata kewangan bulanan yang dimiliki pelajar masih mencukupi dan melebihi jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan. Namun pelajar harus sentiasa beringat, kerana ekonomi dunia dijangka akan kekal tidak stabil dan kos barangan akan terus meningkat saban tahun.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bukryman S. & Ashikin Z. (2017). Kos Sara Hidup Mahasiswa UPM. Jurnal Pengguna Malaysia – Disember 2017.

Julizah Sabstu (2014). Kenaikan Kos Sara Hidup, Kesan Kepada Rakyat. Majalah DimensiKoop bil. 44/2014.

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas di Malaysia 2019, Jabatan Perangkaan Malaysia, keluaran Julai 2020.

National Westminster Bank (2021). Student Living Index – July 2021.

Royal Bank of Scotland (2022). Student Living Index – August 2022.

Rubayah Y., Amir A., Hafizuddin S. & Roziana B. (2018). Indeks Sara Hidup Pelajar: Kajian Kes di Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC). Jurnal Personalia Pelajar 21(1): 11-18.

Siti A. & Fatimah W. (2018). Memenuhi Keperluan Pelajar di Universiti Awam Malaysia: Aspek Pendapatan dan Perbelanjaan. REKAYASA – Journal of ethics, legal and governance Vol.3, 2007 (50-60)

Zuriani I., Izzah N.A., Wan Kamal M. & Salmy Y. (2022). Kajian Rintis Terhadap Impak Pandemik Covir- 19 ke Atas Taraf Hidup Isi Rumah B40. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance 4(2), 2022.

Downloads

Published

2024-02-22