Penyertaan Dalam Aktiviti Kokurikulum Mampu Meningkatkan Nilai Intergrasi Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing
DOI:
https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.625Keywords:
Aktiviti Kokurikulum, Nilai Integrasi, Masyarakat Berbilang Kaum, Hidup HarmoniAbstract
Kegiatan kokurikulum di peringkat Politeknik Malaysia adalah merupakan wadah utama yang menjadi ruang dan peluang kepada pelajar dalam memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum. Perpaduan merupakan elemen yang sangat dititikberatkan demi keharmonian rakyat dan keamanan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan agenda negara adalah bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pemilihan untuk mengangotai unit beruniform, sukan dan kelab adalah berdasarkan minat pelajar itu sendiri dan terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum. Kajian penyertaan dalam aktiviti kokurikulum ini telah dijalankan ke atas 350 orang pelajar semester satu dan dua Politeknik Mersing. Kajian adalah secara deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian di analisis menggunakan perisian Statistical Package For Social For Window Version 13.0. Dapatan hasil kajian mengambarkan bahawa aspek nilai intergrasi berada pada tahap paling tinggi dan diikuti oleh aspek kepimpinan. Manakala aspek disiplin diri pula berada pada tahap ketiga yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam pemilihan menyertai aktiviti kokurikulum. Daripada hasil dapatan kajian ini penulis mencadangkan supaya aktiviti kokurikulum di Politeknik sentiasa mengadakan aktiviti bersama persatuan, kelab dan unit beruniform setempat bagi menambahkan pengalaman pelajar.
Downloads
References
Ahmad Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri, Rohana Hamzah & Mohd Shukri (2011). Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat: Satu Integrasi : Falkuti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Abdul Fatah Hassan (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Pahang: PTS Publications Distributors Sdn.Bhd.
Burton, H. D. (1981), Personal Documentation Methods and Practices with Analysis of their Relation to Formal Bibliographic Systems and Theory. Ph.D. dissertation, Berkeley: University of California at Berkeley
Che Wan Mohd Amil Bin Che Wan Sulaiman (1991). “Sikap Pelajar-pelajar Luar Bandar Terhadap Kegiatan Kokurikulum Sekolah: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Kerdau, Temerloh, Pahang”. UKM: Kajian llmiah. “Tidak Diterbitkan”.
Gay, L. R. (1992). Educational research. New York: Maxwell Macmillan International.
Konting, M. M. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.