Pendekatan Ciri-Ciri Bangunan Hijau Pada Surau Hijau Hidayatul Bilal: Kajian Empirikal Di Politeknik Seberang Perai
DOI:
https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.627Keywords:
Bangunan Hijau, Surau, Hijau, Tasawur IslamAbstract
Bangunan hijau merupakan satu pendekatan yang diambil bagi menjaga kesejahteraan manusia, ekosistem alam sekaligus dapat mengurangkan kesan kepada persekitaran dan masyarakat. Bangunan hijau tidak hanya dilihat pada bangunan bertingkat yang melibatkan kos berjuta-juta. Ia boleh dilakukan di mana saja dan melibatkan pelbagai jenis bangunan dan binaan. Pendekatan bangunan hijau cuba dihayati oleh masyarakat meliputi bangunan berskala kecil seperti surau sehingga bangunan-bangunan bertingkat. Pelaksanaan bangunan hijau telah menarik perhatian beberapa pihak dan ada usaha mempraktikkannya dalam pembinaan surau hijau. Antaranya ialah surau hijau di Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. Oleh itu, kertas kajian berbentuk kualitatif ini cuba mengenal pasti apakah ciri-ciri bangunan hijau dan menganalisis adakah ia memenuhi tasawur Islam yang merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Untuk mencapai tujuan itu, kajian lapangan dilakukan. Kaedah pengumpulan data yang terlibat adalah temu bual dan pemerhatian di lapangan. Hasil daripada kajian ini telah merumuskan ciri-ciri bangunan hijau bangunan yang dikaji dan hubungannya dengan tasawur Islam. Rekabentuk dan ciri-ciri yang ada pada surau hijau Hidayatul Bilal Politeknik Seberang Perai dapat dijadikan contoh dalam pembinaan surau yang memenuhi ciri-ciri bangunan hijau.
Downloads
References
Al-Jayyousi, O. (2012). Islam and Sustainable Development: New Worldviews. Surrey: Gower.
Azizul Ridhuan & Wan Nadzri Osman. (2021). Bangunan Hijau Di Malaysia: Faedah Pemnbangunan Dan Cabaran Terkini. Journal of Tourism Hospitality and Environment Management, 6 (26), 311-318.
GBI Malaysia. (2016). Diakses dari http://new.greenbuildingindex.org/how/tools pada 30 Mac 2016.
Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1982). Tafsir Al-Azhar (Jilid 8). Jakarta: Pustaka Panjimas.
Hayati Saleh (2016). Islamic Service Management: A New Paradigm In. Azreen Hamiza Abdul Aziz & Norazilawati Md Dahlal (Eds.), Green Building Characteristic In Cyberjaya Mosque: Analysis Under The Perspective of Islamic-Based Development (pp.41-49). Pulau Pinang: The Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV).
Ibrahim Abdul Matin. (2010). Green deen: What Islam teaches about protecting the planet. Berrett-Koehler Publishers.
Kibert, C. J. (2005). Sustainable construction: green building design and delivery. New Jersey: John Wiley & Sons.
Mohammad Muinul Islam (2004). Towards a green earth: An Islamic perspective. Asian Affairs, 26(4), 44-89.
Muhammad Nushi Izahara, Mohd Farid Mohameda & Wardah Fatimah Mohammad Yusoff (2022) Pendekatan Lestari Masjid-Masjid Lama di Bandar Melaka. Jurnal Kejuruteraan SI, 5(1), 85-95. Diakses daripada https://doi.org/10.17576/jkukm-2022-si5(1)-09
Muhammad Syukri Salleh (2003). Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh (2019). Revisiting Contemporary Islamic Value. Researcher World: Journal of Arts, Sciences and Commerce. X.38.10.18843/rjwasc.
Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh, Muhammad Hasri Abdul Rahim (2019). Konsep Tauhid Sebagai Analisa Kontekstual Dalam Reka Bentuk Masjid Tengkera Melaka. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual. (I.S.I). pp. 16-25. ISSN 2637-0115.
Sang, M. S. (2014). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.