Menentukan Motivasi Matematik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mersing

Authors

  • Muhammad Amirul Abdullah Politeknik Mersing
  • Mohamad Najib Norhan Politeknik Mersing
  • Saidatul Nizan Nasroddin Politeknik Mersing

DOI:

https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.628

Keywords:

Motivasi Matematik; Kebimbangan Ujian; Pembelajaran Dan Pengajaran,MANOVA

Abstract

Motivasi merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi. Tahap motivasi yang baik dapat memberi ransangan secara dalaman kepada para pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sekaligus memberi kesan kepada kesediaan para pelajar menghadapi pentaksiran yang diberikan. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap Motivasi Matematik dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat di Politeknik Mersing. Kajian ini melihat sama ada faktor bidang pengajian dan latar belakang akademik pelajar memberi perbezaan yang signifikan terhadap Motivasi Matematik pelajar. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. Seramai 184 sampel telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang terdiri daripada 19 item berskala likert 5-mata. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.0. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian MANOVA yang dijalankan terhadap dua bidang yang dikaji dari aspek Nilai Instrinsik dan Kebimbangan Terhadap Ujian. Perbezaan ini dipengaruhi oleh latar belakang akademik pelajar sebelum melanjutkan pengajian di politeknik. Dapatan ini memberi input yang jelas bahawa mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi kesan kepada Motivasi Matematik pelajar di Politeknik. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenal pasti kesan Motivasi Matematik terhadap pencapaian akademik pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alhadi Ismail, & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3), 23–30.

Chew Meng Li, & Faridah Mydin Kutty. (2023). Hubungan antara Motivasi dengan Pencapaian Matematik Murid Tahun Lima ( The Relationship b etween Motivation and Year Five Students ’ Mathematics Achievement ). 8(3).

Cipora, K., Santos, F. H., Kucian, K., & Dowker, A. (2022). Mathematics anxiety—where are we and where shall we go? Annals of the New York Academy of Sciences, 1513(1), 10–20. https://doi.org/10.1111/nyas.14770

El-Adl, A., & Alkharusi, H. (2020). Relationships between self-regulated learning strategies, learning motivation and mathematics achievement. Cypriot Journal of Educational Sciences, 15(1), 104–111. https://doi.org/10.18844/cjes.v15i1.4461

Fiorella, L., Yoon, S. Y., Atit, K., Power, J. R., Panther, G., Sorby, S., Uttal, D. H., & Veurink, N. (2021). Validation of the Mathematics Motivation Questionnaire (MMQ) for secondary school students. International Journal of STEM Education, 8(1). https://doi.org/10.1186/s40594-021-00307-x

Guo, S., & Liao, S. (2022). The Role of Opportunity to Learn on Student Mathematics Anxiety, Problem-Solving Performance, and Mathematics Performance. Frontiers in Psychology, 13(February), 1–15. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2022.829032

Hunt, T. E., & Sari, M. H. (2019). An English Version of the Mathematics Teaching Anxiety Scale. International Journal of Assessment Tools in Education, 6(3), 436–443. https://doi.org/10.21449/ijate.615640

Hussein, Y. F., & Csíkos, C. (2023). The effect of teaching conceptual knowledge on students’ achievement, anxiety about, and attitude toward mathematics. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 19(2), em2226. https://doi.org/10.29333/ejmste/12938

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.mohe.gov.my/muat-turun/penerbitan-jurnal-dan-laporan/pppm-2015-2025-pt

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610. https://doi.org/10.1891/9780826138446.0006

Mohd Uzir, Zubir, B., Kamaruddin, R., Nizam, S., & Ri, S.. (2018). Motivasi Dan Sikap Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Tingkatan Satu (Junior One Loyalty), Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua. Jurnal Kesidang Journal of Kesidang, 3, 82–91.

Norfarahzatul Asikin, Abd. Majid, M. Z., & Hussin, M. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2). https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288

Pallant, J. (2016). SPSS Survival Manual. In Automotive Industries AI (6th ed., Vol. 181, Issue 4). Open University Press.

Suren, N., & Ali Kandemir, M. (2020). The effects of mathematics anxiety and motivation on students’ mathematics achievement. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology, 8(3), 190–218. https://doi.org/10.46328/IJEMST.V8I3.926

Zakariya, Y. F., & Massimiliano, B. (2021). Development of mathematics motivation scale: A preliminary exploratory study with a focus on secondary school students. International Journal of Progressive Education, 17(1), 314–324. https://doi.org/10.29329/ijpe.2021.329.20

Zakira, R., & Shahlan, S. (2022). Hubungan antara Tahap Kesediaan dan Motivasi Pelajar Sarjana Pendidikan Semasa Pembelajaran Atas Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001652. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1652

Downloads

Published

2024-02-24