Tahap Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
DOI:
https://doi.org/10.55642/taveij.v4i1.629Keywords:
Motivasi Pelajar; Pembelajaran Dan Pengajaran, Ujian-T; Pembelajaran KejuruteraanAbstract
Bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan berkesan, tahap motivasi para pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya. Hal ini penting kerana pelajar yang bermotivasi lebih mudah menerima input yang diberi dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Bagi mengkaji perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di Politeknik Mersing, kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan hirisan rentas. Seramai 89 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 23 item berskala likert lima mata. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 28.0. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan ujian-t yang dijalankan terhadap dua bidang kejuruteraan yang dikaji dari aspek Motivasi Ekstrinsik. Di samping itu, kajian ini turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan motivasi pelajar berdasarkan latar belakang pendidikan sebelum melanjutkan pengajian di politeknik dari segi motivasi Ekstrinsik dan Keupayaan Diri Belajar. Dapatan ini memberi input bahawa latar belakang pendidikan memberi kesan terhadap tahap motivasi pelajar di peringkat pendidikan tinggi. Kajian lanjutan yang berpotensi untuk dikaji ialah mengenalpasti kesan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar.
Downloads
References
Ahmad, M. Z., & Manaf, M. F. A. (2017). Penggunaan Motivasi Intrinsik Dan Motivasi Ekstrinsik Untuk Belajar Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD2017), 3, 655–666. http://conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2017/1081.pdf
Anthonysamy Lilian. (2022). Motivational beliefs, an important contrivance in elevating digital literacy among university students. Heliyon, 8(12), e11913. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2022.e11913
Aziz, A. A., Masek, A., & Mohamad, N. (2022). Students’ Participation and Motivational Factors in Student-Centered Learning: A Case of Two Malaysian Vocational Institutes. Journal of Engineering Education Transformations, 35(Special Issue 2), 204–210. https://doi.org/10.16920/jeet/2022/v35is2/22129
Dos Santos, L. M. (2022). Female Engineering Students’ Motivations, Career Decisions, and Decision-Making Processes: A Social Cognitive Career and Motivation Theory. Journal of Curriculum and Teaching, 11(5), 264–274. https://doi.org/10.5430/jct.v11n5p264
Fiorella, L., Yoon, S. Y., Atit, K., Power, J. R., Panther, G., Sorby, S., Uttal, D. H., & Veurink, N. (2021). Validation of the Mathematics Motivation Questionnaire (MMQ) for secondary school students. International Journal of STEM Education, 8(1). https://doi.org/10.1186/s40594-021-00307-x
Hunsu, N. J., Olaogun, O. P., Oje, A. V., Carnell, P. H., & Morkos, B. (2023). Investigating students’ motivational goals and self-efficacy and task beliefs in relationship to course attendance and prior knowledge in an undergraduate statics course. Journal of Engineering Education, 112(1), 108–124. https://doi.org/10.1002/jee.20500
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi). Kementerian Pendidikan Malaysia, 2025, 1–40. http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435
Kotera, Y., Taylor, E., Fido, D., Williams, D., & Tsuda-McCaie, F. (2021). Motivation of UK graduate students in education: self-compassion moderates pathway from extrinsic motivation to intrinsic motivation. Current Psychology, 42(12), 10163–10176. https://doi.org/10.1007/s12144-021-02301-6
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610. https://doi.org/10.1891/9780826138446.0006