Keajaiban Penyembuhan Dengan Warna Makanan Kegemaran Rasulullah SAW
DOI:
https://doi.org/10.55642/phasij.v3i01.300Keywords:
Penyembuhan; Sunnah; Warna; KegemaranAbstract
Kajian ini memfokuskan kepada dua warna makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w. iaitu warna hitam dan hijau . Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mengumpul maklumat melalui sumber primer dan skunder. Beberapa petikan daripada firman Allah SWT dan hadis yang berkaitan dengan warna makanan Rasulullah s.a.w dipersembahkan. Perbincangan cuba menyingkap kelebihan, fungsi dan kesan warna – warna makanan kegemaran Rasulullah s.a.w tersebut terhadap kesihatan manusia. Disamping mengaitkan persamaan dari segi warna dan khasiat makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dengan sebahagian tumbuhan herba tempatan yang sering digunakan sebagai medium penyembuhan secara semulajadi bagi merawat masalah kesihatan fizikal dan spiritual. Kajian mendapati bahawa terdapat persamaan dari segi fungsi dan khasiat dua warna tersebut dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa warna hitam dan hijau mampu memberi penyembuhan terhadap penyakit fizikal dan mental. Kesimpulannya, warna makanan sunnah ini bukan sekadar menjadi kegemaran Rasululullah s.a.w, malah mempunyai nilai penyembuhan yang tinggi. Ini, membenarkan hikmah pengutusan Rasulullah s.a.w, menyinari umat dengan nur Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan aqidah kepada kebenaran. Cara kehidupan baginda juga adalah sumber cetusan idea mencari penawar untuk merawati penyakit spiritual, akal dan fizikal manusia.