Kajian Tahap Pengetahuan dan Amalan Kitar Semula di Kalangan Warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
DOI:
https://doi.org/10.55642/phasij.v3i01.296Kata Kunci:
kitar semula, sisa pepejalAbstrak
Kitar semula merupakan satu kaedah dan usaha dengan cara mengumpul, memproses dan mengguna semula sisa pepejal atau bahan-bahan yang telah digunakan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan kitar semula di kalangan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Bentuk kajian adalah kajian tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dan data diperoleh menggunakan instrumen borang soal selidik. Analisis penggunaan skor min dibuat dan ditafsir berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden menggunakan Microsoft Excel. Sampel kajian ini melibatkan 354 responden yang terdiri daripada warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang responden, Bahagian B: Persoalan Kajian Tahap Pengetahuan Kitar Semula, dan Bahagian C: Amalan Kitar Semula. Hasil kajian menunjukkan skor min yang diperolehi bagi tahap pengetahuan dan amalan kitar semula masing-masing menyumbang nilai sebanyak 3.89 dan 3.84. Hal ini menunjukkan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah mempunyai kesedaran tentang kepentingan kitar semula untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Aktiviti kitar semula ini memerlukan komitmen daripada semua pihak tanpa mengira umur dan status. Justeru itu, dengan mengitar semula bahan-bahan buangan seperti kertas, tin, kaca, surat khabar dan sebagainya, kita dapat memulihara alam sekitar untuk generasi masa hadapan.