Pengurusan Kesihatan Mental Di Kalangan Staf Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
DOI:
https://doi.org/10.55642/phasij.v3i01.304Kata Kunci:
kesihatan mental; emosi; gaya hidupAbstrak
Kesihatan mental adalah penting bagi setiap individu kerana ianya meliputi semua aspek termasuk kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Tiga aspek penting tersebut akan mempengaruhi cara setiap individu untuk berfikir dan bertindak. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengurusan kesihatan mental di kalangan staf Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Responden kajian adalah melibatkan 50 orang staf daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dari tiga buah politeknik yang terpilih. Kaedah penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian adalah melalui kaedah soal selidik yang menggunakan borang dalam bentuk Google Form dan diedarkan kepada responden melalui pautan yang diberi. Borang soal selidik ini mengandungi 12 item menggunakan skala Likert dan mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A , B dan C. Bahagian A adalah demografi , bahagian B adalah gaya hidup dan bahagian C adalah pengurusan emosi. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 26 telah digunakan untuk memperoleh nilai skor min dan tahap skor min bagi item B dan C. Hasil dapatan kajian menunjukkan dari segi gaya hidup staf Jabatan Matematik, Sains dan Komputer adalah pada tahap yang sederhana dan dari segi pengurusan emosi pula menunjukkan tahap yang tinggi.