Penerimaan Pelajar Politeknik Banting Terhadap Penggunaan Google Jamboard dalam Kursus Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Authors

  • Normurni Mohamad Politeknik Banting

DOI:

https://doi.org/10.55642/eatij.v5i01.285

Keywords:

Google Jamboard, PdPDT, Politeknik Banting

Abstract

Penggunaan google jamboard merupakan satu alternatif alat digital dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) yang menarik serta membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pelajar Politeknik Banting (PBS) terhadap penggunaan google jamboard dalam kursus MPU 23052 Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam (STK). Seramai 86 pelajar PBS sesi II 2021/2022 daripada kelas DKM 2B, DKM 2D, DKM 2F dan DTP 2B yang diajar sendiri oleh pengkaji terlibat dalam kajian ini. Soalan kajian adalah diadaptasi daripada instrumen yang dibangunkan oleh Melvina Chung Hui Ching yang berfokus kepada empat aspek iaitu keseronokan, kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap pelajar terhadap penggunaan google jamboard. Data dianalisis secara deskriptif dalam menentukan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan google jamboard bagi kesemua empat aspek kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar PBS terhadap penggunaan google jamboard adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan dan dicadangkan untuk menggunakan google jamboard sebagai alat digital dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) atau PdPDT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-03-05