Keberkesanan Penggunaan Relay Demonstration Board dalam Meningkatkan Kefahaman Pelajar Kejuruteraan Elektrik

Authors

  • Norsaadah Binti Sapon Politeknik Mersing
  • Nor Asiah Binti Mad Yunus Politeknik Mersing
  • Ruzaihan Bin Jaffar Politeknik Mersing

DOI:

https://doi.org/10.55642/eatij.v5i01.287

Keywords:

relay, pelajar kejuruteraan elektrik, litar elektronik, politeknik

Abstract

Relay Demonstration Board (RDB) dihasilkan bagi menambahbaik pemahaman pelajar berkaitan kursus PROJECT 1 dan PROJECT 2 khususnya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak. RDB ini sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan pelajar memahami konsep litar relay serta aplikasi relay di dalam litar asas elektronik. Kaedah perlaksanaan dalam menghasilkan inovasi ini, menggunakan Model ADDIE kerana ia merupakan antara model reka bentuk yang sering digunakan sebagai asas reka bentuk sesuatu kit. Model ADDIE terdiri daripada Analyze (analisis), Design (merekabentuk), Develop (pembangunan), Implementation (pelaksanaan), Evaluation (penilaian). Kajian keberkesanan dibuat dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden semester 4 yang mengikuti kursus DEE40082 – Project 1 di Politeknik Kuching Sarawak. Data dianalisa dalam bentuk peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan semua aspek iaitu motivasi, keselesaan dan kefahaman aplikasi pada tahap tinggi. Dengan penggunaan RDB ini, pensyarah dapat menerangkan penyambungan litar relay yang akan dilaksanakan dalam masa yang lebih cepat serta kemahiran pelajar mengaitkan aplikasi relay dalam situasi harian dapat dipertingkatkan. Ia juga membantu meningkatkan pemahaman dari segi teori dan menarik minat pelajar terhadap kursus dan membantu pelajar membangunkan projek akhir menggunakan aplikasi relay.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-03-05